Wednesday, 29 October 2014

PETI PERTOLONGAN CEMAS


PETI PERTOLONGAN CEMAS

                                          
Peti Pertolongan cemas


Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera 
sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh 
dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara 
peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas.

Peti Pertolongan Cemas

 Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya utk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.


BIL
PERKARA
KEGUNAAN
1.
Triangular bandage (kain anduh)
Untul mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang
2.
Sterile eye pad
Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing

3.
Non-sterile gauze
Sterile gauze

Melakukan pencucian/pembebat luka‡
Membuat balutan/memberi tekananpada perdarahan dan menstabilkankepatahan

4.
Elastic bandage/crepe bandage
Roller bandage

Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan jugakecederaan ringan
eg.
dislocation(terseliuh)

5.
Glove-disposable/nonsterile

Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan

6.
Scissor
Memotong gauze/bandage
7.
Adhesive tape
Melekatkan balutan dan pembebat
8.
Sterile multi-trauma dressing/ gauze

Melakukan pencucian/pembebatan luka

9.
Alcohol prep pads
Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut.
10.
Cotton buds
Mencuci luka pada kawasan sukar
11.
Acriflavine (ubat kuning)
Untuk antiseptic
12.
Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%)
Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
13.
LMS solution (minyak kuda)
Melegakan kesakitan otot

JENIS BALUTAN ANDUH


Jenis Balutan Anduh



Pembalut cincin
-Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada pembalut tirus.
-Digunakan untuk menutup luka.


Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan. 
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. 
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.


Anduh besar/ Anduh lengan
-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

LAGU PBSMM




Lagu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia



Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya




IKRAR - PBSM

IKRAR PBSM


Pembacaan Ikrar

BAHAWA KAMI,
AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI,
AKAN TAAT TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG DIPERTUAN,
NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRISIP PALANG MERAH,
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KAMANUSIAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIDMATAN SUKARELA
KETANGGALAN
KESEJAGATAN



SEJARAH PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH DI DUNIA

Sejarah Palang Merah & Bulan Sabit Merah di Dunia

Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:
  1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di GenevaSwitzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang.
  2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.
  3. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
PENGASAS
Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke AlgeriaAfrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya 'A Memory of Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.
Buku itu mencadangkan :
Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu .
Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.